Home Berita PAS Perak

ALAM Ria PASTI medan cungkil bakat cilik

187
SHARE

Oleh : Hafiz Green Mart

22 Oktober 2022

LUMUT : Alam Ria PASTI Kawasan Lumut telah berlangsung dengan meriah hasil penglibatan 18 buah PASTI Unit yang diadakan di Kompleks Pendidikan At-Taalim, Lekir di sini pagi semalam.

Acara tahunan yang tertangguh beberapa tahun akibat Covid19 ini, berjaya mencungkil bakat-bakat dan menonjolkan kemampuan serta pencapaian didikan di PASTI sebagai bukti pencapaian ko-akademik mereka sepanjang menimba ilmu, kata Pengerusi PASTI, Abdul Basir Muhammad.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Lumut, Tn. Hj. Rosli Abd Rahman yang menjelaskan bahawa PASTI telah berjaya melahirkan seorang insani hebat dan dibuktikan dengan berjaya menempatkan diri di institusi pengajian tinggi di dalam negara mahupun luar negara.

Dengan Alam Ria ini, dapat meluaskan lagi pengenalan PASTI sebagai produk dan institusi pendidikan Islam PAS untuk masyarakat yang berjaya membawa agenda pembangunan insan kepada orang ramai di samping melatih murid PASTI untuk berani berhadapan dengan masyarakat suatu hari kelak.

Beberapa acara telah dipertandingkan antaranya azan, bercerita kisah dari Al-Quran, pidato, hafazan Al-Quran, sajak, khutbah, nasyid dan kalam jamaie ternyata berjaya mencungkil bakat dan keupayaan murid.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Lumut, Abdul Basir Muhammad dengan PASTI Al-Amin dinobatkan juara keseluruhan dengan kutipan dua johan, 3 naib johan dan satu tempat ketiga. Manakala PASTI At-Taalim di tempat kedua dan diikuti dengan PASTI Al-Hidayah ditempat ketiga.