Home Berita PAS Selangor

Program Kebajikan PAS Serdang di DUN Balakong

1151
SHARE

BALAKONG – Sikap optimis YDP PAS Serdang untuk menawan DUN Balakong disambut baik oleh setiap ahli PAS Kawasan.

Dalam merealisasikan hasrat tersebut, beberapa program telah dibuat bagi mendekati pengundi di DUN berkenaan.

Hari ini, YB Ust Shafie Ngah, YDP PAS Kawasan Serdang merangkap ADUN Bangi bersama-sama ahli PAS Balakong telah menziarahi 2 orang tokoh masyarakat setempat dan golongan kurang bernasib baik.

Kedatangan YB disambut baik oleh Ketua Sektor Jiran Rukun Tetangga. Beliau optimis dengan kemampuan PAS untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Dalam pada masa yang sama, PAS Serdang turut menyebarkan agenda kebajikan parti kepada rakyat Balakong.
Mereka telah menziarahi En Hanafi, mangsa kebakaran, remaja positif Denggi dan warga emas yang strok.
Ust Shafie Ngah merakamkan ucapan terima kasih pada semua yang membantu menjayakan aktiviti ziarah kali ini.