Home Berita PAS Kedah

Jentera buat kerja untuk menangkan parti walau apa sekalipun posisi!

196
SHARE

Bila disebut sebagai jentera, pasti terlintas dalam kepala kita jentera hanya orang yang pasang bendera, orang yang merayu undi dan apa-apa aktiviti yang melibatkan pergerakan.

Tetapi mungkin kita terlupa dan terlepas pandang! Yang dikatakan jentera bukan orang-orang yang seperti mereka sahaja, tetapi semua orang yang melakukan kerja-kerja untuk kemenangan adalah JENTERA! Walaupun di mata orang, pekerjaan tersebut telihat kecil tetapi sudah pasti, sekecil-kecil perkara membawa manfaat kepada parti!

Harus diingat, dalam kalangan jentera, ada yang umurnya sudah meningkat, tahu-tahu sajalah apabila umur sudah meningkat susah la untuk bergerak sana sini disebabkan uzur ataupun kekangan lain.

Ada juga yang muda tapi sudah jatuh sakit,ataupun ada yang nak kena jaga anak, dan lain-lain. Jadi disebabkan beberapa halangan yang dialami oleh jentera-jentera ini, apa sahaja aktiviti yang boleh mereka lakukan untuk membantu kemenangan kepada parti?

Jadi, dengan keterbatasan yang ada, jentera-jentera ini boleh mengambil kesempatan untuk membantu parti dengan menyediakan perisai dan senjata buat jentera-jentera yang berada di lapangan dengan melakukan munajat. Jentera –jentara yang bermunajat setiap hari inilah senjata yang utuh untuk kemenangan umat Islam.

Ada di antara mereka yang bermunajat selepas subuh! Ada yang bermunajat selepas maghrib! Bertambah istiqamah apabila mereka tidak keseorangan atau bersendirian dalam bermunajat. Tetapi mereka membuatnya secara berjemaah.

Alhamdulillah, di Kedah Munajat Akifi yang dikelola oleh Dewan Muslimat PAS Kedah istiqamah berlangsung setiap hari selepas maghrib. Jika ada kelapangan mereka akan turun rumah ke-rumah untuk bermunajat.

Itulah kehebatan tarbiyah PAS. Tidak hanya mementingkan kekuatan fizikal tetapi juga mementingkan kekuatan rohani.

Jadi semua jentera ambillah tugas masing-masing untuk mengisi kemenangan Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung kurang dari sebulan sahaja lagi.

Tak lupa juga kepada suami-suami yang mengizinkan para isteri untuk bersama perjuangan, dan para isteri yang menjaga anak dan memahami  urusan suami di lapangan. Begitu juga kepada ibu-ibu dan ayah-ayah yang sanggup mengambil posisi untuk menjaga cucu mereka supaya anak mereka boleh turun ke lapangan memenangkan parti.

Nampak simple tetapi itulah peranan jentera. Terima kasih semua jentera. Ayuh bekerja untuk kemenangan Perikatan Nasional!