Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Jemaah Menteri Potong Gaji Penuh : Tanda Berjiwa Prihatin

867
SHARE

Jemaah Menteri Potong Gaji Penuh : Tanda Berjiwa Prihatin

1.Merujuk Kenyataan Media Perdana Menteri bertarikh 26 Mac 2020 yang menyatakan bahawa gaji penuh Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong selama dua bulan untuk disumbangkan ke dalam Tabung Covid 19.

2. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan ini mengucapkan terima kasih dan tahniah atas jiwa besar yang ditunjukkan jemaah Menteri di saat negara diuji seperti ini.

3. Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional telah menunjukkan contoh yang baik dengan sikap tidak mementingkan diri dan mengutamakan rakyat dan negara. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh jemaah menteri menunjukkan pilihan Perdana Menteri kita tidak salah dalam memilih barisan kabinet baru.

4. DMPM mendoakan jamaah menteri dikurniakan rezeki yang berlipat ganda di atas sumbangan yang diberikan dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada barisan kabinet dan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama menyumbang ke Tabung Covid-19. Moga dikira sebagai amal soleh di sisi Allah.

TABUNG COVID-19

Nama Akaun : TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA

No. Akaun : BANK MUAMALAT 1601-0001138-71-4

#islammemimpin

#islammemimpinmuslimatsejahtera

#tabungcovid19

#tetapdirumah #dudukrumah

Yb Senator Ustazah Hjh Nuridah Mohd Salleh.

Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia

1 Syaaban 1441

26 Mac 2020