Home Berita PAS Johor

Jelajah Hijau DPPM Ke Johor : Cipta Fenomena Baru Anak Muda

985
SHARE

BENUT -Siri Jelajah Hijau Dewan Pemuda PAS Malaysia ke Johor Darul Takzim telah dijalankan di markaz PAS Parit Markom, Benut, Pontian, Johor pada 18 Oktober yang lalu.

Program ini adalah anjuran DPPNJ dengan kerjasama DPPK Pontian. Program yang berjalan selama satu hari, bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 petang telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Khalil bin Hj Abdul Hadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Selain itu, ia digamatkan lagi dengan kehadiran konvoi 80 buah motorsikal ARC (Alternative Riding Club) berkuasa tinggi dan sederhana.

Seterusnya, di antara acara yang menarik perhatian adalah minyak petrol motor percuma bagi motor-motor yang terpilih di stetsen minyak BHP Parit Betak.

Pada sebelah petang, terdapat ziarah kebajikan ke 20 buah rumah yang terpilih. Aktiviti yang dilakukan merangkumi pemberian sumbangan hamper, pemeriksaan kesihatan dan ops bersih.

Sementara itu, di tapak karnival jelajah Dppm pula diserikan dengan hiburan persembahan oleh Duat Buskers, sukan rakyat termasukalah pertandingan tarik tali, terompah gergasi dan pertandingan motor lambat.

Manakala, acara kemuncak yang berlangsung di sebelah malam adalah persembahan pencak silat oleh PSSGM Negeri Johor, sembang santai anak muda yang diwakili oleh Ustaz Khalil , KP DPPM, Ir Hj Khairil , TKP DPPM serta saudara Firdaus Bin Jaafar selaku penyelaras PAR Dun Benut. Turut menghangatkan suasana adalah pelancaran Pusat Aduan Rakyat Dun Benut.