Home Berita PAS Sabah

Jejak Mosway bantu lebih ramai keluarga susah

100
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
12 September 2022

SANDAKAN: Lajnah Kebajikan PAS Negeri Sabah bersama-sama Muslim Care Malaysia telah menganjurkan program Jejak Mosway bagi membantu lebih ramai keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar daerah Ranau.

Program yang berlangsung selama 3 hari iaitu bermula khamis sehingga Sabtu lepas telah menyantuni lebih 300 orang asnaf yang terdiri dari pelbagai golongan antaranya fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU), sakit terlantar, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.

Beberapa aktiviti kemasyarakatan telah diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan masakan tradisi, pertandingan baling kelapa dan pertandingan mewarna.

Selain itu, turut diadakan serahan 10 buah kerusi roda kepada wakil pihak Hospital Ranau hasil sumbangan pihak Muslim Care Malaysia.

Menurut ADUN dilantik, Dr. Aliakbar Gulasan, kebajikan sudah menjadi rutin dan tidak asing lagi bagi badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia yang merupakan rakan strategik dalam usaha kebajikan dakwah di seluruh Malaysia.

Serami 60 orang sukarelawan terdiri daripada Muslim Care Malaysia, Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Sabah serta PAS Kawasan Ranau terlibat menjayakan misi tersebut.