Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Jangan Jadi Tukang Ramal, Tapi Beramal

2153
SHARE

Jangan Jadi Tukang Ramal, Tapi Beramal

Oleh: Ustaz Nik Nasri

Bangi 24 Feb – “Orang selalu bertanya, bila pilihanraya? Banyak yang diviralkan. Tengok-tengok tak jadi. Kita jangan jadi tukang ramal, tetapi orang yang beramal. Buat kerja-kerja pilihanraya dan jemaah.”

Demikian antara isi pembuka bicara YB Ustaz Idris Ahmad ketika membuat ucapan alu-aluan dalam program Liqa’ Fikri anjuran Lajnah Tarbiah PAS Pusat pagi ini di sini.

Beliau menambah, “Kita akan hadapi blok pemerintah dan blok pembangkang dalam pilihanraya akan datang. Tak biasa berlaku dalam sejarah, pembangkang serang pembangkang, tetapi ia berlaku di Malaysia.

“Kita ajar kepada ahli, kita berjuang di atas prinsip. Walaupun disebut oleh penganalisa politik bahawa kepimpinan PAS asalnya secara konservatif di peringkat awal, kemudian nasionalis kiri di zaman Dr Burhanuddin Al-Helmy, kemudian nasionalis kanan di zaman Dato’ Asri Muda, selepas itu oleh Haji Yusof Rawa di bawah kepimpinan ulama. Itu analisa orang lain. Namun kita tegaskan, kita tak pernah ubah dasar”

Program tarbiah, ilmu, Liqa Fikri dan lain-lain ialah program yang memberi kekuatan kepada PAS.
Justeru, program tarbiah seperti ini jangan dilemahkan dan dibiarkan.

Program usrah terutamanya, mesti diberi perhatian. Banyak perkara dan masalah dapat diselesaikan apabila usrah dibuat.

Liqa’ Fikri pagi ini disertai oleh kepimpinan PAS dari peringkat tertinggi parti hingga kawasan seluruh negara, khususnya bagi menghadapi pilihanraya akan datang.