Home Berita PAS Terengganu

Kerajaan membazir, rakyat terpaksa mengemis untuk belajar.

1108
SHARE

BESUT- Kerajaan Terengganu yang diterajui Umno-Barisan Nasional dengan sewenang-wenangnya membazirkan wang rakyat tetapi rakyat terpaksa mengemis untuk belajar.

Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Che Faridah Ismail berkata, isu pembaziran kerajaan Umno-BN terlalu banyak contohnya Projek Taman Ilmu yang menelan belanja sehingga RM400 juta.

“Dengan cukai(gst) yang membebankan rakyat, dari segi hukumnya haram,”ujar beliau.

Beliau yang berucap di dalam Majlis Kupasan Isu, Manifesto dan WINS bertempat di Perkarangan Markas Halwa DUN Jerteh di sini pada 21 Februari, baru-baru ini.

Di dalam majlis yang sama, penceramah kedua, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah pula menyebut bahawa

kadar pengangguran di Terengganu adalah nombor satu di Semenanjung Malaysia.

“Selain pengangguran, berbagai masalah yang wujud dalam Negeri Terengganu ni, gejala sosial dan kemiskinan, In syaa Allah sekiranya PAS diberikan kemenangan kita akan selesaikan masalah-masalah itu,” katanya

Program anjuran Lajnah Penerangan Dan Hubungan Media, Dewan Muslimat PAS Negeri itu telah dihadiri seramai 80 orang muslimat daripada seluruh kawasan Besut.