Home Berita PAS Sarawak

Bubur Lambuk PAS Meriahkan Ramadhan

638
SHARE

1 Jun 2017, Petra Jaya: Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk diedarkan di sekitar Taman Sukma Petra Jaya dalam program Semarak Kasih Ramadhan yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Petra Jaya dengan kerjasama PAS Kawasan Petra Jaya.

Program yang diadakan saban tahun ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan acara memasak bubur lambuk secara bergotong-royong dan turut disertai penduduk kampung sekitar bagi menambah keceriaan majlis.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Petra Jaya, Ustaz Budin Othman, “program gotong-royong seumpama ini amat baik sebagai penyambung tali silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan antara petugas PAS dan penduduk sekitar”.

Munurut beliau lagi, “PAS Kawasan Petra Jaya amat berterima kasih kepada semua sukarelawan yang bertungkus lumus membantu menjayakan program ini, juga kepada para penyumbang yang bermurah hati menaja setiap kawah bubur yang dimasak”.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Petra Jaya, Encik Morshidi Hasan serta Puan Habsah Bujang selaku Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Petra Jaya yang juga bertindak sebagai pengarah program.

Sementara itu, Encik Morshidi Hasan ketika ditemuramah berkata, “PAS Petra Jaya amat berharap agar dengan sedikit kerja kebajikan yang dilakukan ini, akan menjadi satu amal kebaikan kepada semua petugas dan penyumbang di akhirat kelak. Masyarakat Petra Jaya juga semakin dekat dengan setiap program PAS dan tidak mustahil mereka akan turut serta bersama kami dalam perjuangan ini satu masa nanti”, katanya lagi.

Kesemua bubur lambuk berkenaan telah diedarkan kepada orang ramai di hadapan Bazar Ramadhan Emart Taman Sukma dan juga diserahkan dari pintu ke pintu di kawasan sekitar.

 

{jathumbnail off}