Home Artikel PAS Johor

Jamuan AidilFitri Dan Program Marhaban Pelajar PASTI Rapatkan Ukhuwwah Para Pendidik Dengan Ibu Bapa

65 views
SHARE
Normala Sudirman (tengah) bersama dua orang lagi guru dan sebahagian daripada anak -anak PASTI

Jamuan AidilFitri Dan Program Marhaban Pelajar PASTI Rapatkan Ukhuwwah Para Pendidik Dengan Ibu Bapa

Sekijang: Bertempat di PASTI Taman Kemawan,Kg.Jawa pihak pengurusan Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Taman Kemawan telah mengadakan program Jamuan AidilFitri dan Program Marhaban Pelajar PASTI bersama ibu bapa pada 11 Julai 2018 bersamaan 27 Syawal 1438H baru -baru ini.

Program yang diadakan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dan silaturrahim antara pihak pengurusan PASTI,ibu bapa dan para pelajar dengan penyediaan juadah secara ‘port luck’ iaitu masing-masing membawa makanan untuk jamuan ke sekolah dengan pelbagai aneka juadah untuk dimakan bersama-sama.

Suasana kelihatan meriah dan jelas kelihatan wajah ceria serta gembira apabila anak-anak PASTI hadir beraksi dengan gaya tersendiri serta berbaju Melayu meraikan Syawal yang masih berbaki beberapa hari lagi.

Setiausaha PAS Kawasan Sekijang merangkap Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis ,Normala Sudirman dan beberapa kepimpinan PAS Kawasan Sekijang turut hadir memenuhi jemputan bagi meraikan anak -anak PASTI Taman Kemawan sambil beramah mesra dengan ibu bapa yang hadir.

Selain ibu bapa ,jiran yang tinggal berdekatan juga hadir memenuhi undangan dan menjayakan majlis yang meriah ini di samping berpeluang beramah mesra sesama ibu bapa pelajar PASTI yang hadir.

Menurut Ustazah Norazlina Binti Rosmali ,program marhaban dari rumah ke rumah juga merupakan aktiviti rutin PASTI Taman Kemawan saban tahun sekiranya memenuhi undangan dari ibu bapa untuk anak -anak PASTI ke rumah selepas tamat sesi pembelajaran setiap pagi atau hujung minggu .

“Dengan cara ini kami akan lebih dekat lagi dapat mengenali ibu bapa anak -anak PASTI di samping mengeratkan silaturrahim sesama ibu bapa dan tetamu yang hadir.Semoga kami dapat teruskan program ini pada masa -masa akan datang “katanya lagi.

Antara aksi ceria anak -anak PASTI Taman Kemawan
Ustazah Norazlina binti Rosmali bersama 2 pelajar PASTI yang ceria berbaju raya
Di samping menikmati juadah ,ibu bapa dapat beramah mesra
Antara aksi pelajar PASTI yang anggun bergaya

Beliau dibantu oleh seramai dua orang lagi tenaga pengajar PASTI Taman Kemawan, iaitu Ustazah Hairuzila binti Katni dan Ustazah Siti Zaidah binti Zakaria gembira dapat berkhidmat di PASTI dalam usaha membina generasi berakhlak mulia dan memiliki budi pekerti yang tinggi yang patuh kepada ajaran Islam yang syumul.