Home Berita PAS Kedah

Jambatan konkrit untuk penduduk Kampung Kobah

299
SHARE

Oleh TASNIM

PENDANG – Hasrat penduduk Kampung Kobah untuk memiliki sebuah jambatan konkrit yang selamat dan selesa bakal tercapai sebelum Aidilfitri ini.

Ahli Parlimen Pendang, YB. Datuk Haji Awang Hashim berkata, beliau telah mengarahkan pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pendang / ADUN Tokai untuk berbincang dan melaksanakan pembinaan jambatan konkrit.

“Sudah berpuluh tahun lima buah rumah di Kampung Kobah ini menggunakan jambatan kayu yang sudah reput dan uzur sebagai laluan utama mereka.

“Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan jambatan konkrit sedang dijalankan dan dijangka siap sebelum Aidilfitri,” ujarnya.

ADUN Tokai, YB. Dato’ Dr Hayati yang turun meninjau pembinaan jambatan konkrit berikut berjanji projek naik taraf itu bakal siap beberapa hari lagi.