Home Berita PAS Pulau Pinang

AMAL Tasek Gelugor bantu mangsa banjir

98
SHARE

TASEK GELUGOR, 28 Disember – Menyahut seruan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang mensasarkan 500 sukarelawan, Jabatan AMAL Kawasan Tasek Gelugor (JAMTG) antara yang tidak terlepas dalam Misi Bantuan Banjir ke Selangor.

Misi Bantuan Banjir yang diketuai oleh Komandan Yazid Abu Seman ini bertolak ke Selangor semalam.

Pelepasan pasukan Misi Bantuan Banjir ini dirasmikan oleh Ketua Pemuda Tasek Gelugor, Ustaz Mohd Asril.

Asril dalam ucapannya berkata, setiap ahli perlu ikhlas dalam membuat sesuatu perkara, jaga hubungan dengan Allah dan manusia semasa operasi ini dan berharaplah ganjaran hanya daripada Allah.

Yazid mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberi sumbangan samada dari segi kewangan dan peralatan mencuci.

Misi Bantuan Banjir ini yang bermula 24 hingga 26 Disember bertujuan membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di kawasan Ulu Muda dan Bukit Lanjan, Selangor.