Home Berita PAS Selangor

JAM Kuala Langat bantu edarkan bakul makanan – JAMK Kuala Langat

25
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | Wanita Perikatan Nasional yang telah mengagihkan ‘Bakul makanan’ di kawasan-kawasan sekitar negeri Selangor dengan bantuan PAS-PAS kawasan dan Jabatan Amal Kawasan, khas untuk mereka yang betul-betul memerlukan.

Menurut laporan, Jabatan Amal Kuala Langat telah mengiringi Dewan Muslimat PAS Kuala Langat bersama dengan Wanita Perikatan Nasional untuk bantu mengedarkan bantuan pek barangan dapur.

“Bantuan kebajikan terus kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Barang habis kita cuba carikan. Ada lebih kita sampaikan. Ada bendera putih atau tidak, kami cuba sedaya upaya menggerakkan tenaga kerja yang ada pergi rumah ke rumah menyampaikan bantuan”, akhirkata daripada mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor