Home Berita PAS Selangor

Bantuan kepada 7 buah keluarga yang dikuarantin – DPPK Petaling Jaya

13
SHARE

 

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Dari masa ke semasa, lebih ramai yang berkontak atau berkait dengan wabak Covid-19. Jika bernasib baik, hanya dikuarantin di rumah, dan jika kurang bernasib baik terlantar di katil hospital yang mungkin sudah mencapai tahap kapasiti maksimum. Mereka yang dikuarantin dirumah juga harus diberi perhatian yang lebih daripada segi bekalan makan dan sebagainya.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya telah hantar bantuan kepada 7 buah keluarga yang dikuarantin Covid-19 bersama Ust Mohd Khairul Hisham wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya, Abg Sujut Esmon Ketua PAS Cawangan PJS 5 dan saudara Muhammad Hafis Asib mewakili ARC Petaling Jaya turut sama membantu.

Semasa proses penghantaran berlaku tiba-tiba seorang makcik yang membawa troli ini tetiba sahaja troli itu tebalik dan segala diatasnya jatuh bersepah, dan ia menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu makcik tersebut. Nak dijadikan cerita adalah tindakan sepontan mereka yang membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor