Home Berita PAS Selangor

Ibu Tunggal Jadi Tulang Belakang Kebajikan – PAS Kawasan Hulu Selangor

17
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Hulu Selangor | Isu bendera putih yang sengaja dimainkan oleh setengah pihak diambil sebagai suatu yang positif. Jika benar, bendera putih diangkat dirumah tanda ahli rumah tersebut terkesan, sebelum bendera diangkat lagi petugas PAS akan sampai.

Itulah azam sebahagian penggerak dan petugas PAS dikalangan Muslimat di Kawasan Hulu Selangor. Mereka berusaha dan memastikan secepat mungkin bantuan disalurkan. #BakulPrihatin yang digerakkan oleh pasukan kebajikan Muslimat PAS Hulu Selangor bersama Srikandi Bersatu dan Wanita Gerakan menyalurkan bantuan bersasar di Bukit Sentosa.

Seorang ibu tunggal yang merupakan antara Ahli Jawatankuasa Kebajikan PAS Hulu Selangor menjadi tulang belakang menggerakkan kerja-kerja kebajikan. Cepat, pantas dan tegas melaksanakan tugas bagi memastikan bantuan kepada yang terkesan disegerakan.

Pesanan dari Muslimat PAS Kawasan Hulu Selangor, “jika anda atau jiran tetangga mengalami putus bekalan makanan, kongsikan maklumat ini supaya mereka dapat menghubungi kami ditalian +60 12-327 1904 (Pn. Sal)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor