Home Berita PAS Perlis

Jabatan Amal Perlis Sertai Misi Bantuan di Yan

157
SHARE

Oleh AHMAD AZAMUDDIN

KANGAR, 23 Ogos: Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) telah bertolak ke Yan, Kedah bagi menyertai Misi Bantuan Bencana Alam di negeri itu.

Misi bantuan selama 3 hari itu, bermula 22 Ogos sehingga 24 Ogos 2021 dan melibatkan seramai 17 orang pegawai serta anggota JAMNPs.

Pengarahnya, Amirul Jufri Mat Saman berkata, JAMNPs sentiasa bersedia untuk berkhidmat di mana-mana sahaja dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat bencana alam.

Tambahnya lagi, JAMNPs juga sentiasa mengikuti situasi semasa yang berlaku di Gunung Jerai, Yan, yang dilanda banjir lumpur susulan fenomena kepala air.

“Turut sama dalam misi kami pada kali ini ialah Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

“Dengan kekuatan seramai 17 orang pegawai dan anggota, JAMNPs bersedia untuk menawarkan khidmat kami untuk membantu kerja-kerja memulihkan semula keadaan di sana.

“Kami juga menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya dapat sama-sama berdoa semoga segala-galanya berunsur pulih dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.