Home Berita PAS Perlis

Jabatan Amal Perlis agih setengah tan ikan percuma

149
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 4 Sept: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Perlis hari ini mengagihkan lebih setengah tan ikan kembung percuma kepada penduduk di sini.

Menurut pengarahnya Amirul Jufri Mat Saman, sebaik saja kaunter edaran dibuka, orang ramai berpusu-pusu hadir untuk mendapat ikan berkenaan yang diagihkan secara pandu lalu di hadapan PASTI As-Solehin Behor Temak, dekat sini.

“Alhamdulillah, jika semalam ikan seberat lebih 600kg habis diagih kepada para penduduk di Bintong, hari ini pula kita dapat lihat sambutan yang amat baik diberikan oleh penduduk di sini (DUN Kayang).

“Sebenarnya, program seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban perbelanjaan para penduduk, tetapi pada masa yang sama juga membantu menyumbang pendapatan kepada para nelayan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Hadir sama pada program berkenaan, Setiausaha PAS Kawasan Kangar Abd Jamil Kamis dan Pengarah JPrD Kayang Radzi Hassan.