KUANTAN-29 Mac 2020 Satu kebakaran belukar telah berlaku di sebuah kawasan di Inderapura Kuantan.

Seramai 10 anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang turun membantu Pasukan Bomba memadam kebakaran belukar yang berlaku di Inderapura, Kuantan.

Kebakaran yang marak dapat dikawal dengan baik hasil kerjasama. Di waktu PKP ini, khidmat bakti tetap diberi bagi meringankan tugas Pasukan Bomba selaku frontline. Keselamatan anggota tetap dijaga sewaktu operasi.

Operasi Tamat jam 7.00 petang. Anggota yang turun membantu dari kawasan Kuantan dan Paya Besar.

Jabatan Amal Pahang insya Allah sentiasa bersedia jika diperlukan untuk membantu masyarakat di luar sana. Beramal kerana Allah.