Home Kenyataan Media PAS Kedah

Tempoh PKP: Pemuda PAS Kedah Cadang Sewa PPR Dikecualikan

400
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
30 MAC 2020 | 5 SYAABAN 1441H

Tempoh PKP: Pemuda PAS Kedah Cadang Sewa PPR Dikecualikan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru kepada Kerajaan Negeri Kedah supaya menyahut saranan PM dengan mengecualikan bayaran sewa kepada pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini akibat terkesan dengan tempoh PKP COVID-19.

Perumahan adalah “dharuriat” yang wajib dilindungi menurut maqasid syariah. Dalam suasana wabak dan krisis sebegini, keperihatinan kerajaan memberi perhatian kepada penyewa premis kerajaan adalah satu yang dihargai rakyat.

Perdana Menteri baru-baru ini dalam pengumuman Rangsangan Ekonomi juga menyarankan agar semua kerajan negeri menyambut usaha kerajaan pusat dan membuat perkara yang sama.

Kami kongsikan bagaimana pengecualian di bawah kementerian yang diumumkan baru-baru ini :-
Penyewa : Golongan B40 di kawasan bandar, kerajaan memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta untuk 3,636 unit rumah.

Sewa beli, Unit sewa untuk milik :- Penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020 dengan melibatkan kos RM5.7 juta untuk 4,649 unit rumah.

Begitu juga kami melihat bagaimana pengecualian yang telah dibuat di Terengganu dengan penangguhan selama dua bulan dalam Pakej Rangsangan Negeri Terengganu Cakna Covid-19 Fasa 2.

Di Johor pula bagaimana pengecualian bayaran sewa rumah dan kedai kepada penyewa daripada PPR dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) selama 3 bulan untuk 2,989 penyewa.

Justeru itu persoalan kami, bagaimana pula nasib penghuni PPR di negeri Kedah pula?
Sehingga sekarang masih lagi tiada pengumuman.

Program PPR disewa di negeri Kedah telah diperkenalkan sejak Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan dengan jumlah dianggarkan sebanyak 18,000 unit rumah PPR di negeri Kedah, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan YB Tan Kok Yew dari DAP.
sumber: http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/04/11/tindakan-tegas-terhadap-penguhuni-ppr-gagal-bayar-sewa/ )

Kami mengharapkan kerajaan negeri Kedah menyambut saranan daripada Perdana Menteri yang kita sayangi ini demi kebajikan rakyat Kedah sepanjang tempoh PKP COVID-19 ini.

Yang Benar,

USTAZ MOHD AIZAT BIN ZAKARIA
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah