Home Berita PAS Sabah

Jabatan Amal Malaysia edar 500 bubur lambuk percuma

829
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
19 Mei 2020

SANDAKAN : Kira-kira 500 bungkus bubur lambuk telah diedarkan secara percuma oleh Jabatan Amal Malaysia Zon Sandakan (JAMZS) pada ahad lalu kepada pengguna jalan raya di Jalan Nasalim, dekat sini.

Program kebajikan kelolaan pasukan kebajikan sukarela beruniform yang dianggotai oleh pemuda dan ahli PAS itu menerima sambutan hangat daripada orang ramai apabila tidak sampai sejam ianya habis diedar.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah, Masru Mustaqem yang turut hadir dalam aktiviti tersebut memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh anggota JAMZS apabila sejak awal pagi lagi bergotong royong menyiapkan juadah berkenaan kemudian mengedarkannya pada sebelah petang.

Disamping itu, beliau dalam program berkenaan turut merakamkan ucapan penghargaan kepada ‘frontliners’ yang telah bertungkus lumus menjaga keselamatan rakyat ketika negara diserang wabak Covid19.

Sementara itu, Pengarah Program, Rahman Johari telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pengguna jalan raya Jalan Nasalim ketika aktiviti berkenaan berjalan kerana telah memberikan kerjasama yang baik.

Beliau turut mempelawa orang ramai menyumbang ke akaun sementara JAMZS iaitu akaun Bank Islam atas nama Mustaman Bin Mustain 10043020001572 kerana program berkenaan akan diadakan lagi dalam tempoh 10 akhir Ramadan ini.