Home Berita PAS Kedah

Jabatan Amal Kedah sambut 3 dekad penubuhannya

344
SHARE
PENDANG – Jabatan Amal Malaysia atau pernah dikenali sebagai “Unit Amal” merupakan salah satu jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS.
Mendapat jolokan ” Tentera Maroon ” merujuk kepada warna pakaian rasminya yang berwarna sedemikian dan penubuhannya adalah selaras dengan keperluan dan kehendak anak muda para amilin yang sentiasa ingin melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan kebajikan masyarakat.
Sempena 3 dekad Jabatan Amal negeri Kedah, satu majlis sambutan ringkas dan patuhi SOP KKM diadakan untuk memperingati  peranan Jabatan Amal dalam menyantuni masyarakat dan amilin pelbagai acara parti.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid dalam ucapannya berkata, ” Tentera Maroon” kini telah dikenali dan diiktiraf sebaris dengan badan-badan sukarela kerajaan seperti Rela dan Angkatan Pertahan Awam (APM) dalam memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
“Amilin adalah mereka yang dipilih oleh Allah untuk bekerja dengan parti.” katanya.
Sumbangan saguhati ” duit raya ” turut diberi kepada amilin dalam majlis tersebut yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda PAS dan Jabatan Amal Negeri Kedah di SRITI Tarbiyatul Aulad, Gajah Mati, di sini.
“Sumbangan saguhati yang diberikan ini adalah amat wajar untuk diberikan dan kita akan pastikan tiada seorang pun amilin kita yang terlepas untuk menerima bantuan dalam suasana menyambut Aidilfitri tahun ini. ” tambahnya lagi.
Turut hadir Timbalan Ketua, Ustaz Nasrun Othman dan Naib Ketua, Ustaz Aizat Zakaria, Pengarah Jabatan Amal, Ustaz Saiful Syazwan Syafie dan Wakil Ketua Pemuda PAS Kawasan Pendang.