Home Berita PAS Selangor

Jabatan Amal hadir bantu di tapak tanah runtuh Kemensah Heights – JAMN Selangor

175
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KEMENSAH HEIGHTS, 18 September – Jam 12 tengah malam, setelah tamatnya mesyuarat secara atas talian Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin telah dihubungi Ketua Pemuda DPPNS, Ustaz Hanafi Zulkapli.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

“Di anta ada mana?”, tanya Ketua Pemuda Ustaz Hanafi Zulkapli.

“Masih meeting ustaz” jawab Pengarah JAM Selangor Tuan Shehdi Hazrik.

“Ada tanah runtuh di Kemensah baru berlaku, boleh hantar anggota turun sana”? , soal KP Selangor lagi.

Jam 2 pagi seramai 30 anggota telah berkumpul termasuk anggota daripada JAMN Selangor dan juga anggota JAMK Gombak. Menurut Tuan Shehdi, siap bawa ‘Chainsaw’, ‘Spotlight’, ‘Generator set’ dan berpuluh karton air.

Sebanyak 27 buah rumah terlibat dalam kejadian ini yang disebabkan oleh aliran air bawah tanah yang menyebabkan tanah runtuh lalu menyekat saliran Sungai Kemensah.

May be an image of 4 people and people standingDikhabarkan rumah banglo no. 8 terkesan teruk dan 27 keluarga di Taman Bukit Kemensah Indah telah di arah untuk berpindah ke Dewan di AU5 atas nasihat Bomba serta PDRM. Tetapi majoriti penduduk memilih untuk tinggal sementara di rumah saudara mara.

May be an image of one or more people and people standingAnggota-anggota JAM telah bersiap siaga untuk sebarang kerja bantuan berat seperti memotong pokok dan menolak tanah, namun hasrat tersebut terpaksa dipendam atas faktor keadaan sekeliling yang sangat gelap dan bahaya.

May be an image of 1 person and standing

“Alhamdulillah, tiada sebarang kemalangan jiwa terkorban dan semua dalam keadaan terkawal”. Sumbangan makanan dan minuman turut disampaikan kepada anggota bomba dan polis yang bertugas.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor