Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Kluster Industri Rembia diisytiharkan tamat

120
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 18 Sept: Kluster Industri Rembia diisytiharkan tamat hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Tambah laporan itu, tiada kluster baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini.

Kes positif baharu

Menurut JKN Melaka, sebanyak 263 kes positif baharu direkodkan hari ini dengan 259 kes adalah daripada kategori kes tempatan dan masing-masing dua kes daripada kategori kes import dan kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 148 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 26 kes di Daerah Jasin dan 89 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 323 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 6831 kes masih dirawat, berkurang berbanding 6897 kes semalam dengan 67 kes adalah daripada kes ICU dan 21 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 263 kes hari ini ialah, 20 kes melibatkan kluster kilang; 121 kes melibatkan kontak keluarga; tiada kes melibatkan institusi penjara; 10 kes melibatkan tempat kerja (bukan kilang), sementara 93 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Laporan kes kematian baharu

Menurut jabatan itu lagi, sebanyak tujuh kes kematian baharu direkodkan hari ini, dengan empat daripadanya dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan dua mangsa wanita berumur 42 dan 89 tahun dan dua mangsa lelaki kedua-duanya berumur 66 tahun.

Dua lagi kes kematian dikesan di Daerah Jasin melibat seorang lelaki dan seorang wanita yang kedua-duanya berumur berumur 41 tahun, sementara satu kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah melibat mangsa lelaki berumur 21 tahun.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sehingga jam 12:00 tengah hari tadi sebanyak 15,549 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,082,876 kes.

Sarawak mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2929 kes diikuti oleh Johor dengan 2208 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui portal Covid Now melaporkan seramai 18,135,561 individu atau 55.5 peratus daripada keseluruhan populasi di negara ini telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Sementara bilangan penerima sekurang-sekurangnya satu dos vaksin Covid-19 pula ialah seramai 21,861,904 orang iaitu merangkumi 66.9 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.