Home Artikel PAS Selangor

Taklimat Perundangan Kepada Guru PASTI Negeri Selangor | “PASTI D’Hati” Jabatan PASTI Negeri Selangor

596
SHARE

Oleh : PASTI Negeri Selangor

Kapar, Selangor | 19 September 2020

PASTI Malaysia dengan kerjasama PASTI Negeri Selangor telah menganjurkan Taklimat Pengurusan dan Perundangan PASTI di Grand Gerbang Hall Meru, Klang melibatkan para pengurus dan guru kanan daripada 432 cawangan PASTI di negeri ini.

Majlis ini turut dihadiri Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia, Pengarah PASTI Selangor, Ustaz Mohd Faizol Endut dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Negeri.

PASTI Malaysia telah memberi taklimat berkaitan penerbitan Buku Manual Pengurusan PASTI edisi baharu yang menjadi rujukan utama dalam pentadbiran PASTI di semua peringkat selaras dengan keperluan semasa serta memenuhi kehendak undang-undang.

Jabatan Undang-Undang Hak Asasi Manusia PAS (JUHAM) juga dijemput memberikan penerangan berkaitan status PASTI dalam kerangka undang-undang melibatkan perlembagaan, peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi Kerajaan yang lain.

Di majlis ini juga PASTI Malaysia memperkenalkan Kid Penerangan PASTI dan taklimat pengunaan e-PASTI dalam pengumpulan data serta pendaftaran dalam talian.

Sesi soal jawab antara para peserta dan kepimpinan PASTI diadakan di penghujung majlis.

PASTI Selangor merupakan negeri yang mempunyai bilangan murid paling tinggi di Malaysia dengan jumlah hampir mencecah 35 ribu orang murid pada tahun 2020.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor