Home Berita PAS Sabah

Isu pakaian atlet wanita hangat dibahaskan

113
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
12 Oktober 2021

TAWAU : Isu pakaian atlet wanita muslim menjadi perbahasan hangat para perwakilan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT), di sini, Ahad baharu ini.

Perwakilan Muslimat PAS Cawangan Taman Ria, Syamimi membangkitkan mengenai pakaian atlet wanita muslim yang tidak patuh syariat dengan mengusulkan agar DMPK Tawau membuat satu garis panduan etika berpakaian kepada para ahli sukan khususnya golongan wanita di Tawau.

” Berdasarkan senario sekarang sukan menjadi satu aktiviti yang amat popular, namun pakaian sukan para atlet dan masyarakat awam yang meminati sukan ramai yang tidak mematuhi syariat.

” Oleh itu, saya berpendapat pihak yang sewajarnya perlu membuat garis panduan etika pemakaian atlet wanita muslim yang patuh syariat.

” Sejajar dengan tanggungjawab atlet-atlet wanita muslim yang bukan sahaja menggalas amanah untuk negara tetapi juga kepatuhan dan ketaatan mereka kepada syariat Allah SWT.

” Mengimbas kejayaan suatu ketika dahulu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau bersama PAS Kawasan Tawau pernah berjumpa dengan pihak pengurusan di salah sebuah pasaraya terkenal di daerah Tawau mengenai isu pemakaian tudung kepada pekerja muslim.

” Jika sebelum itu, pekerja wanita di pasaraya tersebut mengenakan skirt pendek dan tidak mengenakan hijab.

” Namun setelah perbincangan tersebut pihak pengurusan pasaraya telah membuat beberapa perubahan dengan membenarkan para pekerja memakai pakaian yang menutup aurat semasa bekerja” hujah Syamimi.

Mesyuarat telah menerima usul  dengan sedikit pindaan.

MAT kali ke-28 ini telah mengangkat tema “Perteguhkan Muafakat, Istiqomah Dalam Norma Baharu”

Manakala dalam sesi membahas ucaptama Ketua Dewan Muslimat , para perwakilan memilih topik perteguhkan muafakat dan istiqamah dalam ucapan penangguhan mereka.

Enam cawangan telah menghantar perwakilan iaitu PAS Cawangan Taman Ria, PAS Cawangan Batu 2, Ranggu, Kg Jawa , Sabindo dan Taman Sawit.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Ambo Asse Ramano  hadir sebagai pemerhati jemputan .