Home Berita PAS Sabah

Laksana Mesyuarat Agung kali Ke-3 secara atas talian

57
SHARE

Oleh : Juliana Hamid

12 Oktober 2021.

KUNAK : Dewan Muslimat PAS Kawasan Silam (DMPK Silam) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali Ke-3 secara atas talian semalam.

Seramai 60 orang ahli DMPK Silam telah menghadiri MAT kali ke 3 ini.

Semasa ucapan penggulungan MAT, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Silam Nurmia Habba menyeruh agar semua muslimat perlu menyertai pengajian-pengajian ilmu yang disediakan oleh PAS Pusat bagi melahirkan muslimat yang berilmu.

Beliau turut menekankan bahawa demografi Kawasan Silam bukan penghalang untuk terus bergerak dalam jemaah PAS.

Katanya lagi, “saya berharap agar semua saf kepimpinan dapat mengaplikasikan budaya kerja yang mengutamakan penyelesaian masalah dan semua ahli perlu memantapkan gerak kerja menuju PRU15 ini”

MAT secara atas talian itu berakhir tepat pukul 12 tengah hari walaupun ianya pertama kali dilaksanakan secara atas talian.