Home Berita PAS Johor

Isu kedaulatan,keselamatan dan kesejahteraan negara adalah isu sejagat

107
SHARE

 

Isu kedaulatan,keselamatan dan kesejahteraan negara adalah isu sejagat

1. Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, DMPNJ, rasa terpanggil untuk mengajak masyarakat umum membuka minda bagi meneliti isu yang sedang berlaku dalam negara kita, Malaysia, yang kita cintai ini.

2. Masyarakat Melayu Muslim, tanpa membataskan fahaman politik kepartian, perlu sedar yang pada masa ini sedang berlaku usaha meminggirkan dan menafikan hak orang melayu dan orang Islam, sedangkan hak tersebut telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. 

3. Kami mengharapkan rakyat yang membaca kenyataan ini, untuk memahami pelbagai peristiwa yang berlaku mutaakhir ini dalam kerangka strategik yang autentik. Melalui analisa ini kita akan memperolehi perspektif yang betul dan tajam dalam menilai isu seterusnya dan membolehkan kita berfikir dan merancang dalam hala tuju yang tepat.

4. Terdapat usaha mengganggu gugat, dari kelompok penganut agama bukan Islam, terhadap amalan ajaran Islam oleh penganutnya, seperti larangan mengumandangkan azan di surau yang merupakan tempat ibadat yang sah bagi umat Islam, sedangkan Perlembagaan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah agama rasmi negara kita ini. Jelas sekali tindakan mereka yang cuba menghalang pengamalan ajaran agama rasmi negara, adalah bertentangan dengan perlembagaan. 

5. Berlaku juga usaha terancang dari penganut agama bukan Islam untuk menggunakan perkataan-perkataan khusus yang merujuk kepada agama Islam, seperti Allah, Kaabah, Baitullah dan solat, sebagai terjemahan dalam risalah penyebaran agama mereka, sedangkan ia langsung tidak menepati maksud asal perkataan-perkataan khusus tersebut. Kebimbangan kami adalah jika risalah tersebut digunakan untuk memesongkan aqidah umat Islam, sedangkan perlembagaan juga menyatakan akan larangan menyebarkan fahaman agama lain dikalangan umat Islam.

6. Pengiktirafan Perlembagaan Malaysia terhadap pemilikan orang Melayu keatas Tanah Rizab Melayu juga tidak lagi dihormati, dimana banyak Tanah Rizab Melayu yang telah di pindahmilik kepada bukan Melayu tanpa sebarang penggantian dan jika ada pun penggantiannya  tidak setaraf, itu pun jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah yang telah dipindahmilik. 

7. Kita sebagai orang Melayu wajar merasa bimbang yang orang Melayu ini bakal tidak lagi menjadi majoriti di Tanah Melayu. Lambakan ratusan ribu warga asing khususnya dari Tanah Besar China yang masuk dan kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah suatu tindakan terancang untuk menambah peratusan orang bukan Melayu bagi mengatasi peratusan orang Melayu. Mereka yang masuk atas alasan aktiviti ekonomi, dilaporkan tidak keluar dan tetap tinggal di sini. Tambah membimbangkan sedang berlaku usaha untuk memberi mereka ini taraf kerakyatan dengan mudah. Janganlah beralasan kepada kefahaman ‘trinity of risk’ ( risiko kedaulatan, keselamatan dan ekonomi) kita sanggup menggadaikan kedaulatan dan keselamatan negara, semata-mata untuk memacu ekonomi yang pencapaiannya hanya memihak kepada mereka. 

8. Kemasukan warga asing, khususnya warga China, samaada melalui platfom pekerjaan, pelaburan mahupun pelancungan, dilihat membawa kepada berkembangnya industri terlarang yang menjejaskan rakyat dan negara seluruhnya. Selain aktiviti perjudian, pelacuran dan budaya hedonisma yang semakin subur, mereka ini jugalah yang menjadikan negara kita sebagai pengkalan bagi aktiviti penipuan pelaburan (scammer).

8. Justeru, Dewan Muslimat Negeri Johor merasakan, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia, bukan sahaja yang Melayu dan Islam, malah semua yang menghormati perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, samada dari blok pembangkang apatah lagi dari blok kerajaan yang memiliki kuasa,  untuk bersatu dalam  apa jua keputusan dan tindakan bagi memastikan hak-hak orang Melayu dan Islam serta kedaulatan negara adalah terjamin dan  tidak tergadai. 

9. Kenyataan ini bukanlah untuk menyebarkan unsur-unsur perkauman, jauh sekali permusuhan.Jika keterbukaan kita ini disalahguna dan dimanipulasi oleh orang asing untuk kepentingan bangsa dan agama mereka, mengapa kita pula harus dipersalahkan kerana mempertahankan hak yang sedia ada. 

ZAKIAH BINTI TUKIRIN

Ketua

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor