Home Berita PAS Johor

Isu Cacing Dalam Jenama Tin Sardin: Pengguna Muslim Perlu Waspada

5946
SHARE

KENYATAAN MEDIA:
Isu Cacing Dalam Jenama Tin Sardin: Pengguna Muslim Perlu Waspada

1. Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia(SPPM),ingin melahirkan rasa sedih dan dukacita atas insiden penemuan cacing dalam tin Sardin berjenama Ranesa baru-baru ini.

2. Lebih mengejutkan lagi ,terdapat 6 jenis Sardin berjenama lagi dikhabarjan dijumpai tercemar dengan kes sama berdasarkan penemuan yang dipercayai terdapat di Pelabuhan Butterworth,Pulau Pinang baru-baru ini.

3. Justeru adalah amat diharapkan pengguna muslim di Malaysia agar prihatin dan mengambil perhatian serius tentang hal ini dengan bersikap waspada serta mengambil perhatian terhadap isu yang tukar di media sosial dan media bercetak. Selain itu ,kita perlu memeriksa
tarikh luput sesuatu keluaran ,jenama dan produk jenis apa, ketika mahu membeli Sardin di pasaraya atau kedai tertentu.

4. Pemakanan *Halalan Thoyyiba* iaitu *”bersih lagi suci” adalah amat penting di samping memilih apa jua jualan produk yang patuh syariah serta bertanda HALAL* yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah amat penting dan seharusnya menjadi keutamaan pengguna muslim kerana ia akan tumbuh menjadi darah daging kita.

5. SPPM menggesa lebih ramai lagi ummat Islam dan pengusaha syarikat pengeluar makanan agar memastikan logo halal dipamerkan dan juga memastikan agar produk yang dikeluarkan tidak tidak diragui kebersihannya supaya tidak menimbulkan keresahan ummat Islam di Malaysia pada masa akan datang .

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

NORMALA BINTI SUDIRMAN

1.Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia
2.Setiausaha Lajnah Pengguna & Pekerja PAS Pusat.
3.Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna & Pekerja PAS Negeri Johor.

1 Julai 2018 bersamaan 17 Syawal 1439H.