Home Artikel PAS Selangor

PAS Selangor Mengalu-alukan Pendaftaran Muafakat Nasional – Nadi Selangor by Roslan SMS

359
SHARE

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir

Badan Perhubungan PAS Selangor menyambut baik keputusan kepimpinan tertinggi PAS dan UMNO yang telah bersetuju mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Langkah bijak ini sudah pasti akan memperkukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di dalam Muafakat Nasional sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 nanti. Selain itu ianya diyakini akan disambut baik oleh rakyat jelata khususnya umat Melayu Islam dalam negara.

Selaras dengan keputusan ini PAS Selangor memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kerjasama dan hubungan dengan UMNO Selangor disetiap peringkat demi menjayakan cita-cita perjuangan Muafakat Nasional sehingga mampu mengambil-alih kerajaan Negeri Selangor dalam PRU ke 15 nanti dengan izin Allah swt.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

3 Rabi’ul Awal 1442H | 20 Oktober 2020

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor