Home Artikel PAS Terengganu

ISRAK MIKRAJ : Anugerah Terulung Untuk Nabi Teragung.

633
SHARE

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan Al-Mubarak.

Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa besar dan bermakna bagi seluruh umat.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian.

Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan meyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali.

Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain.

Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tidaklah Kami mengutus engkau (Muhammad), kecuali untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam”. (Al-Anbiya’: 107)

Salam Israk Mikraj buat semua muslimin dan muslimat.

Hajah Zarani Othman,
Ketua Dewan Muslimat
PAS Negeri Terengganu.
27 Rejab 1440H/ 3 April 2019

#IslamMemimpin
#muslimatbertekadmengisikemenangan
#muslimatistiqamahmemacukemenangan
#muslimatpasterengganu
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2127442954029575&id=119693828137841