Home Kenyataan Media Presiden PAS

Selamat Menyambut Israk dan Mikraj 1440 Hijrah kepada seluruh ummat Islam.

117 views
SHARE

Israk dan Mikraj mengandungi hikmah yang sangat besar.

Peristiwa ini bukan perkara biasa atau hanya sekadar untuk peribadi Rasulullah S.A.W. semata-mata tetapi merupakan suatu pengisytiharan bahawa Baginda Nabi Muhammad S.A.W. itu ialah semulia-mulia Rasul dan Nabi yang menjadi penghulu untuk seluruh manusia, berbeza dengan kerasulan sebelumnya.

Kepada orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T. mestilah yakin dan percaya bahawa Israk dan Mikraj itu boleh berlaku dengan roh dan jasad. Masalah masa dan jarak jauh adalah urusan makhluk tetapi Allah yang melakukan Israk dan Mikraj kepada kekasih-Nya adalah Maha Berkuasa di atas semua masa dan jarak jauh.

Bahkan Maha Berkuasa menghapuskan segala sebab dan musabbab menurut perhitungan manusia.

Justeru itu, perhitungan manusia bukannya sesuatu perkara yang mesti berlaku dan tetap berlaku. Segala-galanya tunduk di bawah penentuan dan ciptaan Allah yang boleh melakukan apa sahaja.

Selamat Menyambut Israk dan Mikraj 1440 Hijrah kepada seluruh ummat Islam. Israk dan Mikraj mengandungi hikmah yang…

Posted by Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang on Wednesday, April 3, 2019