Home Artikel PAS Perak

Perutusan Isra’ Mikraj | YDP PAS Kawasan Gopeng

120 views
SHARE

سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلٗا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Alhamdulillah,segala puji untuk Allah S.W.T selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya peristewa Israk & Mikraj memberi inspirasi kepada umat islam khususnya pejuang-pejuang islam agar sentiasa memberi perhatian kepada peranan institusi masjid di mana peristewa ini berlatarbelakangkan kepada masjid.

Bermula daripada masjid Al Haram ke destinasi masjid Al Aqsa di Palestin.

Ini bermakna masjid menjadi satu instrumen terpenting bagi umat islam sebagai institusi untuk mendidik،membina،menyatukan،meransang serta segala keperluan umat islam fizikal maupun spiritual.

Oleh yang demikian masjid perlu diberikan perhatian dalam konteks pengurusan،pengimarahan serta penghasilan rabbani.

Ia tempat orang mencari iman dan hidayah,
ia perlu diuruskan secara profesional dan sistematik serta perlu pada transformasi agar masjid benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya oleh jemaah yang mana perlu diimarahkan oleh orang yg takutkan Allah.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Isra & Mikraj 1440H, semoga diberkati Allah.

Ustaz Abu Bakar Haji Hussain

YDP PAS Kawasan Gopeng

27 Rejab 1440H | 3 April 2019