Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Israk Mikraj : Antara Iman dan Ragu

2145
SHARE

ISRAK MIKRAJ : ANTARA IMAN DAN RAGU

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekah ke Madinah. Peristiwa bersejarah ini dibahagikan kepada dua fasa:

  1. Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad ﷺ menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammadﷺ ini telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:

Firman Allah:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)

Israk Mikraj menjadi titik perubahan besar dalam dakwah baginda Rasulullah SAW kepada kaum musyrikin di Mekah dalam menyampaikan perkara berkaitan akidah dan perkara sam’iyyat (alam ghaib). Bukan mudah untuk menceritakan kisah yang tidak nyata di mata dan tidak masuk dek akal. Hanya iman yang mempercayainya

Justeru itu, perjalanan baginda Nabi Muhammad SAW ini memberi satu anjakan paradigma kepada penerimaan sebenar pihak Muslimin yang masih ada keraguan terhadap ajaran baginda. Si musyrik kafir mengambil kesempatan ini adalah dakwaan kisah dongeng bagi mereka. Manakala bagi yang sudah beriman semakin bertambah keyakinannya seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang membenarkan kisah perjalanan Nabi.

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru agar umat Islam meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap ajaran Islam. Islam adalah agama wahyu kebenaran yang turut meraikan akal. Kepercayaan bersandarkan ilmu lebih ampuh untuk umat Islam ikuti.

SALAM ISRAK MIKRAJ 1440 HIJRAH

‘Islam Memimpin’
‘Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan’

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
3 April 2019 bersamaan 27 Rejab 1440 H