Home Artikel PAS Johor

Intipati ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Majlis Makan Malam dan pelancaran Dana dan Pembinaan Kompleks Akademi Latihan Kepimpinan PAS Negeri Johor (KALAM)

186 views
SHARE

Intipati ucapan Presiden PAS
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Majlis Makan Malam dan pelancaran Dana dan Pembinaan Kompleks Akademi Latihan Kepimpinan PAS Negeri Johor (KALAM)

1. Tidak ada kerajaan sempurna melainkan kerajaan Tuhan. Kerajaan manusia ada kelemahannya.

2. Kerajaan sekarang tidak kena dengan acuan demografi Malaysia dengan didominasi kaum yang ekstrem. Termasuk memberi janji yang mustahil nak ditunaikan – “malam ini menang, esok harga minyak turun serta-merta.”

3. Orang Islam lupa ada ajaran agama dalam politik dan menganggap politik tak ada hubungan dengan agama. Al-Quran menetapkan politik sebagai salah satu peranan manusia.

4. Manusia makhluk berakal yang hidup berkeluarga dan bermasyarakat untuk menjadi khalifah demi menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengan Islam.

5. Cukup bagi akhir zaman yang mana dunianya tanpa sempadan dengan teknologi yang canggih dengan seorang Rasul sahaja. Dikurniakan kepadanya Al-Quran.

6. Antara agenda Nabi Muhammad adalah agenda politik dengan menubuhkan sebuah negara untuk membentuk suatu amalan politik.

7. Menyatukan umat dengan dimulakan dengan umat Islam kemudiannya disambung dengan penyatuan umat manusia tanpa mengira agama dan kaum.

8. Ahli-ahli falsafah Barat gagal mewujudkan masyarakat madani sebaliknya orang Islam yang berjaya mewujudkannya dengan Madinah sebagai contoh.

9. Iman dan taqwa membawa kepada berkat. Bagaimana hendak bertaqwa? Taqwa datang sekiranya dilaksanakan keadilan kepada semua.

10. Islam datang membawa keadilan kepada manusia. Apabila Islam mengalahkan dan menakluk Parsi dan Rom, ianya diperintah dengan adil sehinggakan Raja China tidak mahu berlawan dengan Islam dan mengadakan hubungan diplomatik.

11. Orang Islam kemudiannya menjadi lemah akibat meninggalkan ajaran Islam apabila mereka berkuasa yang menyebabkan pada akhirnya mereka dijajah. Maka ulama-ulama menubuhkan PAS pada tahun 1951 untuk berjuang kemerdekaan bersama Umno.

12. British wujudkan masyarakat majmuk demi kepentingannya sendiri. Ini agenda politik Barat

13. Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. PAS yang memenangi 1 kerusi dan Perikatan yang memenangi kerusi lainnya mendesak supaya meletakkan dalam Perlembagaan Islam adalah Agama Persekutuan dan dalam masa yang sama kebebasan kepada penganut agama lain. Bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan dan pada masa yang sama bahasa-bahasa lain diamalkan oleh bangsa masing-masing.

14. Wujud negara masyarakat majmuk yang memiliki kelemahan yang akhirnya mencetuskan 13 Mei 1969. Pada ketika itulah PAS dijemput untuk menyertai kerajaan demi meredakan keadaan.

15. Krisis politik berlaku lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 maka PAS mengambil langkah menyatukan umat Islam antara PAS dan Umno dan menggabungkan parti-parti yang tidak ekstrem