Home Berita PAS Wilayah

“Syukur dapat hadir muktamar walaupun secara maya” – Perwakilan Wilayah

95
SHARE

“Syukur dapat hadir muktamar walaupun secara maya” – Perwakilan Wilayah

Oleh WAN SYAHIRAH

WANGSA MAJU, 7 Nov: “Alhamdulillah, syukur dan gembira dapat bersama-sama dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat walaupun 2 tahun berturut-turut menghadiri secara maya bersama perwakilan yang lain.”

Demikian kata Nazzuan Rohaidin, perwakilan PAS Kawasan Putrajaya ketika ditanya berkenaan perasaan beliau menghadiri muktamar kali ini.

“Muktamar kali ini banyak membahaskan isu penyatuan ummah dan pemantapan strategi gerak kerja. Ucapan dasar Tuan Guru Presiden sendiri jelas menunjukkan arah tuju dan matlamat PAS dalam suasana politik hari ini.

“Walaupun kita disibukkan dengan PRN Melaka, namun muktamar tetap berlangsung pada tahap terbaik dan mencetuskan semangat baru kepada semua perwakilan khasnya dan semua ahli amnya,” jelasnya.

Beliau turut bersetuju dengan saranan Tuan Guru Presiden dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad bahawa semua ahli mesti berperanan sebagai ejen penerangan parti supaya mesej yang dibawa berjaya menembusi kelompok sasaran.

“Kita mesti memanfaatkan media sosial dan teknologi maklumat yang semakin canggih melalui pendekatan kreatif dan berhikmah agar mesej kita dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat,” tambahnya.

Jenalis Kahar, 67 yang turut hadir sebagai salah seorang perwakilan pula mengharapkan agar semua jentera PAS bersiap siaga menghadapi PRU 15.

“Wilayah perlu melahirkan pelapis-pelapis di setiap kawasan. Kita sendiri sebagai ahli PAS perlu kerah ahli keluarga kita untuk berkhidmat dengan kerja jemaah PAS ini,” tegasnya.