Home Berita PAS Perak

Info Perak | Penyambung legasi tarbiyah dan kepimpinan holistik

46
SHARE
Hari ini, Pesuruhjaya PAS Perak, YB Tuan Haji Razman Bin Zakaria bersama dengan rombongan terdiri daripada pimpinan PAS Perak, dan beberapa individu dan pihak berkaitan telah mengadakan lawatan tapak yang mana akan dibangunkan sebuah kompleks tarbiah (pendidikan) buat semua masyarakat di negeri Perak.
Kompleks yang bakal didirikan ini bakal memberi manfaat kepada komuniti masyarakat dengan kemampuan menampung kapasiti 5000 orang dalam satu mass yang terdiri daripada :
1.Dewan muktamar
2.Bilik mesyuarat
3.Pejabat operasi
4.Masjid
5.Kafeteria
6.Asrama/Pondok
Berserta lain – lain projek pembangunan yang bakal menyuburkan agenda tarbiyah buat semua lapisan masyarakat.
Setakat ini, urusan pembelian tanah telah selesai dilakukan dengan melalui sumbangan orang ramai.
Kini, bagi fasa 1 pembinaan dengan dana awal RM 5 Juta ringgit diperlukan untuk dijalankan tidak lama lagi.
Kos keseluruhan pembinaan kompleks ink berjumlah RM 40 Juta ringgit.
Oleh itu, sumbangan dan infaq daripada semua rakyat di negeri Perak amat diharapkan bagi menjayakan hasrat murni ini.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
Semoga negeri Perak ini terus subur dengan program tarbiyah dan seterusnya menjadi bumi yang diberkati Allah SWT.
Sebarang pertanyaan dan sumbangan untuk kompleks ini, sila berhubung dengan :
Sdr. Ismat Sharil
H/P : +60195713285
Atau
Tuan Haji Ibrahim Muhammad
H/P : +60195121196
Sekian, mohon kita tularkan bersama.