Home Rencana PAS Perak

Bersabarlah… | Dr Najihatussalehah Ahmad

19
SHARE
Bersabarlah…
Sabar itu mudah diungkap, praktikalnya amat susah sekali. Namun, perlu juga mendidik diri agar terus bersabar dan terus bersabar walau apa yang dihadapi.
Setiap yang dihadapi oleh seseorang itu, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat bagaimana kebergantungan hambanya kepadaNya.
Setiap muslim perlu sentiasa bersabar dan reda apabila diuji dengan penyakit dan keletihan, kesedihan, mahupun kesusahan.
Hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai kifarah (penghapus dosa) agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.
Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.
Bersabarlah dan redhalah atas setiap yang berlaku kepada kita. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Pasti ada pelangi 🌈 selepas hujan. Yakinlah 🥰