Home Berita PAS Selangor

Hulur bantuan kepada frontliners di CAC Stadium Malawati – Naib KP PAS Selangor

16
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Syabab Care Malaysia bersama-sama dengan Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam dengan tujuan untuk berbincang dengan doktor dan pegawai yang bertugas di CAC Stadium Melawati bagi mereka membantu para frontliners yang bertugas di sini.

Menurut saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia bahawa, dimaklumkan CAC Stadium Melawati merupakan pusat penilaian pesakit Covid-19 terbesar dalam negara yang yang purata pesakit Covid-19 yang hadir ke sini sekitar 1,500 orang sehari.

“Frontliners yang bertugas di sini pula seramai 150 orang. Oleh itu, kami rasa terpanggil untuk membantu meringankan bebanan tugasan para frontliners dan pesakit di sini dengan menghulurkan bantuan makanan dan minuman”, terang beliau.

InsyaAllah,Syabab Care dan rakan-rakan NGO di bawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor akan menyusun gerak kerja bagi membantu fronliners di sini secepat mungkin. Ayuh bersama dengan mereka, kita bantu para frontliners.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor