Home Artikel PAS Johor

Influenza Ujian Allah kepada Semua

232
SHARE

Assalamualaikum wrt wbt.

Segala puji-pujian hanya milik Allah Tuhan Yang Maha Menguasai  sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabi’in dan seluruh yang mengikuti panduan dan jalan nabi Muhammad SAW.

Mutakhir ini kita digemparkan dengan penyebaran virus berbahaya yang mudah berjangkit iaitu virus influenza. Situasi ini menimbulkan suasana kepanikan dalam masyarakat.

Sebagai umat Islam, kita perlu dan wajib meyakini kemunculan wabak ini adalah mengikut perancangan Allah SWT. Justeru kita juga meyakini bahawa tiada siapa yang boleh mengangkat atau menghilangkan wabak ini melainkan Allah SWT jua.

Oleh itu, langkah pencegahan boleh diambil dengan mengawal segala punca dan sebab musabab yang membawa kepada kewujudan wabak ini. Langkah keselamatan mengikut nasihat pihak yang berkuasa perlu diberi perhatian dan dipatuhi.

Seperkara penting yang tidak boleh dipisahkan adalah pertingkatkan doa dan munajat kepada Allah SWT supaya wabak ini diangkat dan dijauhkan oleh Allah SWT daripada menjangkiti kita, keluarga dan masyarakat. Tiada yang berkuasa menghilangkan wabak ini melainkan Allah SWT.

Justeru marilah kita sama-sama memohon keampunan kepada Allah di atas segala kekurangan dan kesilapan kita. Sama-samalah kita memohon hajat kepada Allah SWT sama ada di masjid, surau atau di mana jua kita berada. Semoga kita sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah SWT.

Fii AmaanilLah Wa Hifzih.

USTAZ MUHAMMAD BIN ABDULLAH

PENERANGAN DEWAN ULAMA PAS NEGERI JOHOR

19 Jamadil Awwal 1441

15 Januari 2020