Iktibar PRU : Antara Dosa dan Pahala
Oleh : ‘Aisyaa Yasmin
Labis – Wakil Ulama Johor, Ustaz Hashim Jusoh menyifatkan undi PAS sebagai satu pahala memandangkan PRU itu sememangnya berkaitan dengan dosa dan pahala.
Mengulas lebih lanjut perihal dosa dan pahala katanya rata-rata masyarakat tidak sedar akan hakikat tersebut dan masih ragu akan perjuangan PAS yang jelas memikul matlamat Islam.
“ PRU kali ini membuktikan kuasa rakyat memandangkan majoriti berpakat untuk menjatuhkan DS Najib, sehinggakan ada dalam kalangan orang PAS sendiri yang undi PH pada PRU lepas”
Tanpa menafikan Kezaliman yang mereka (BN) pernah lakukan kepada rakyat, beliau turut menyeru masyarakat agar sedar akan kedudukan Melayu dan Islam pada hari ini.
Katanya juga, nasib agama dan nasib anak-anak seharusnya menjadi matlamat dan tujuan kita dalam memilih kepimpinan, ulasnya ketika mempersoal apa kemahuan masyarakat Melayu Islam dan di mana kedudukannya memandangkan isu agama yang mudah dipermainkan hari ini.
Sekali lagi, beliau mengingatkan kepada umum akan perihal dosa dan pahala bila mana pemimpin yang dipilih itu menyokong dan bersekongkol dengan kebatilan dan kemaksiatan, selagi itu juga dosa atau pahala mengalir dan terpikul atas pundak mereka.
Ada pula yang dahulunya berkata ‘Biar kita dapat dulu Putrajaya kemudian barulah kita laksanakan Islam’
Mengakhiri ucapan beliau mengingatkan kepada umum, tiada untungnya menjadi menteri sekiranya hukum Islam tidak dapat dilaksanakan bahakan jawatan itu sedikitpun tidak dapat melebur dosa.