Home Artikel PAS Perlis

PKP: Ketua Pemuda PAS Perlis Sertai Operasi Awal Pagi

542
SHARE

Oleh : Amirul Syakirin

KANGAR : Biarpun jam telah menunjukkan pukul 12.30 pagi, Ketua Pemuda PAS Perlis, Muhammad Azmir Azizan adalah antara sebahagian daripada daripada anak muda yang terus gigih melaksanakan kerja-kerja khidmat masyarakat di lapangan.

Awal pagi tadi, beliau bersama-sama dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis serta Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) telah terlibat dalam operasi mengagihkan sumbangan kepada para petugas keselamatan.

Mereka turut dibantu oleh seramai 30 orang pegawai dan anggota JAMNPs.

Sebanyak 200 paket makanan yang telah siap dimasak telah diagihkan ke tiga buah IPD serta 20 buah pos sekatan jalan raya di seluruh negeri ini.

Menurut Muhammad Azmir, operasi bermula dengan kerja-kerja memasak dan menyediakan pek sumbangan kira-kira jam 9 malam manakala kerja-kerja pengagihan telah berakhir pada jam 3.30 pagi tadi.

“Walaupun nilainya (sumbangan) tidak seberapa berbanding pengorbanan mereka, apa yang kami lakukan ini adalah bagi menunjukkan tanda sokongan serta penghargaan kami kepada para petugas keselamatan yang terus setia bertugas demi keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

“DPPNPs juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PDRM yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik kepada kami dalam menjayakan operasi kali ini,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.