Home Berita PAS Pahang

Ibu bapa jangan sedap hati bila anak berkurung dalam bilik – Salwani

331
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 12 Jul ♦ Ibu bapa jangan sedap hati bila anak berkurung dalam bilik kerana ada kemungkinan mereka telah pergi keseluruh dunia.

Pendedahan teknologi maklumat masa kini, memerlukan perhatian ibu bapa dalam mengawal anak-anak dari terjerumus kepada perkara-perkara maksiat yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Begitulah antara ucapan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota Salwani Salleh dalam Program Munajat Hour yang dilaksanakan serentak seluruh Malaysia di Masjid Tengku Abdullah Al-Haj Chengal Lempong Balok Kuantan di sini baru-baru ini.

“Boleh nak guna smartphone yang canggih tapi jadikan ianya sebagai saksi untuk membawa kebaikan di akhirat, bukan saksi yang menjerumuskan diri kepada api neraka,” ujar beliau.

Ibu bapa juga perlu peka dengan aplikasi yang dilayari oleh anak-anak dalam smartphone yang boleh memberi kesan yang negatif dalam proses membina minda mereka.