Home Berita PAS Pahang

JIBG jadi nadi pemangkin PASTI Lukman Al Hakim Kuantan

170
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

SEMAMBU, 9 Jul ♦ Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan pihak pengurusan sekolah sangat penting bagi mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru.

Ianya dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan anak-anak dan pengajaran guru di PASTI.

Begitulah kata Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota, Ustaz Zulfadhli Zakaria ketika merasmikan Mesyuarat Agung Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) Pasti Lukman Al Hakim (PLAH) Kampong Padang bagi tahun 2023 di sini baru-baru ini.

“JIBG memberi peluang kepada kita untuk bersama bertukar-tukar fikiran dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pendidikan swasta kini dan masa akan datang,” ujar beliau lagi.

Beliau seterusnya mengharapkan agar ibu bapa menjadikan PASTI sebagai wadah pendidikan awal kanak-kanak dan terus memberikan sokongan yang berterusan dalam semua aspek.

Mesyuarat Agung berkenaan telah dihadiri oleh semua guru dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Padang.