Home Rencana PAS Selangor

Ibrah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. – TKP DPPN Selangor

603
SHARE

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎ustazsukriomar ustazsukriomar sukriomar www.sukrlomar.com بَایَاریاایای عدیدلامی Selamat Hari Raya Aidiladha Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah Surah Al-Kautsar 1-2 Ustaz Mohamed Sukri Omar (Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor) US NECARA #PemudaPAS Lstaz ukr Oiar‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohamed Sukri Omar

Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Ayuh bersama menghayati ibrah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Pengorbanan keluarga besar Nabi Ibrahim A.S dalam melaksanakan perintah Allah SWT . Peranan Nabi Ismail dan Hajar dalam menuruti perintah tersebut.

Menunjukan bagaimana sebuah keluarga yang dilimpahi keberkatan dan keredhaan. Diberikan padanya kemuliaan sehingga hasil dari pengorbanan ikhlas tersebut Allah menjadikan datang Nabi Muhammad SAW dari susur galur mulia ini.

Hasil dari pengorbanan tersebut bumi makkah yang sunyi dan tidak berpenghuni dibanjiri manusia yang tidak putus-putus dengan dibinanya Baitullah atas perintah Allah SWT.

Laksanakanlah pengorbanan yang ikhlas moga berpanjangan kebaikan yang hadir dalam kehidupan kita. Semoga seluruh pengorbanan kita diterima Allah SWT.

عيد مبارك

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال وغفر الله لنا ولكم وكل عام وانتم بخير

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor