Home Rencana PAS Selangor

Dari rasa tanggungjawab untuk sebuah kebahagiaan – Pegawai Penyelaras PKPK Kota Raja

16
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "PAS KAWASAN KOTA RAJA HUAWELP30 HOTLINE 011 2851 6463 LEICA TRIPLE CAMERA"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Mohamed Diah Baharun
Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat PAS Kawasan Kota Raja

Pusat Khidmat PAS Kawasan Kota Raja di wujudkan bukan untuk bersaing dengan mana-mana Pusat Khidmat ADUN dan Ahli Parlimen setempat yang mempunyai peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Pusat.

Pusat Khidmat ini lahir dari rasa tanggungjawab pimpinan PAS di peringkat Kawasan dan ahli-ahli di peringkat cawangan yang mahu mencurah bakti dengan menyumbang tenaga, wang ringgit serta buah fikiran bagi memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat sekadar yang termampu dan terdaya.

Belakangan ini, ketika lockdown dan pandemik melanda negara dan dunia, semuanya terkesan tambahan yang kerja bergaji hari, syarikat kecil atau yg berpendapatan sebagai peniaga kecil, pemandu teksi, bas sekolah dan lain-lain dan tidak terkecuali juga ahli-ahli PAS sendiri.

Kami menerima permintaan bantuan Pek Kecemasan yang sangat tinggi bukan saja dari warga tempatan, penduduk sekitar Parlimen Kota Raja tetapi juga dari luar termasuk warganegara asing dan warga Sabah serta Sarawak dari pelbagai bangsa dan agama.

Sekiranya boleh, memang kami mahu memberi khidmat kepada semua, namun kemampuan kami amat terhad kerana duit poket ahli-ahli PAS yang istiqomah menderma juga telah semakin menjadi kurang.

Terima kasih kepada Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh serta rakan-rakan yang tidak putus-putus membantu Pusat Khidmat menyediakan Pek Kecemasan.

Terima kasih kepada Team Task Force Pusat Khidmat PAS Kota Raja yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamed Diah Baharun dan semua pembantu yang bertungkus lumus untuk menghidupkan operasi PKPKR dengan jayanya. Siiru ‘ala Barakatillah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor