Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

HWPU913 : Zuraida dan Zahida Sedia Sahut Kerjasama Menyatukan Wanita Muda

581 views
SHARE

HWPU913 : Zuraida dan Zahida Sedia Sahut Kerjasama Menyatukan Wanita Muda

Oleh : Husna Najihah Zamalolaily

KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER – Pentas Anak Muda dalam Himpunan Wanita Penyatuan Ummah pada hari ini telah menemukan dua ikon wanita muda iaitu Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, YB Zuraida Md Noor dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dato’ Zahida Zarik Khan.

Himpunan ini yang disertai kira-kira seribu orang wanita daripada seluruh negara menjadi saksi penyatuan sayap wanita muda daripada PAS dan UMNO iaitu Ameerah Malaysia dan Puteri UMNO.

Walaupun sebelum ini masing-masing bergerak dengan halatuju berbeza tetapi atas dasar penyatuan ummah, prinsip tersebut disepadukan untuk kebaikan seluruh masyarakat.

YB Zuraida dalam ucapannya berkata, “Dalam mewujudkan sebuah kesatuan yang jitu, wanita muda perlu ketepikan segala bentuk perbezaan dan besarkan jiwa untuk saling memacu tenaga dalam menuju destinasi yang sama.”

Tambah beliau lagi, “Wanita muda juga perlu menjadi mata dan telinga yang sentiasa cakna akan isu-isu kebajikan rakyat di negara kita.”

Dato’ Zahida Zarik pula berulang kali menegaskan bahawa betapa pentingnya peranan Puteri dan Ameerah dalam menarik wanita muda untuk memahami agenda penyatuan ini dan beliau juga menyeru seluruh wanita muda untuk menanamkan keikhlasan yang teguh agar penyatuan ini benar-benar memberi manfaat buat seluruh masyarakat.