Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

HWPU913 : Pertandingan Kraf Tangan meriahkan #HWPU13

110
SHARE

HWPU913 : Pertandingan Kraf Tangan meriahkan #HWPU13

KUALA LUMPUR 13 Sept – Kraf tangan bertemakan Penyatuan Ummah dan Hari Malaysia nyata mencungkil bakat para peserta yang terlibat terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Pertandingan ini diwujudkan bagi mencetus dan mencungkil kreativiti muslimat dan membuktikan kraf tangan merupakan sebuah karya yang tidak ditelan zaman.

Pertandingan kraf tangan yang diberi tempoh persediaan seminggu sebelum hari ini telah diadili oleh juri profesional, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Yang Berhormat Senator Hajjah Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Dr Noraini Ahmad.

Sebanyak 20 penyertaan peserta kraf tangan terkumpul dimana kebanyakannya menjadikan kraf tangan sebagai perniagaan kecil-kecilan dalam kehidupan harian mereka.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Yang Berhormat Senator Hajjah Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menyampaikan hadiah bagi pemenang tempat kelima, keempat, dan ketiga iaitu Raihana Mahmod, Nurizati Aishah Abd Rahim dan Siti Dalina.

Ia diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh Dato’ Dr Noraini kepada pemenang tempat kedua, Rohana Kasim menerima wang tunai RM400, manakala tempat pertama di sandang oleh Haslin Nazir bersama wang tunai RM500.

Setiap pemenang tempat pertama hingga kelima telah menerima sebuah ketuhar elektrik dan sijil penghargaan bagi meraikan penyertaan mereka.