Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

HWPU913 : Menjaga Akidah dan Menambah Ilmu Teras Kekuatan

239 views
SHARE

HWPU913 : Menjaga Akidah dan Menambah Ilmu Teras Kekuatan

Oleh : Ara Rabiatul

KUALA LUMPUR 13 SEPT : Slot tadabbur Surah As-Saff disimpulkan dengan nasihat daripada Yang Berhormat Senator Hajjah Ustazah Nuridah kepada semua hadirin agar umat Islam menjaga akidah dan sentiasa berusaha untuk menambah ilmu.

Beliau berujar bahawa akidah umat Islam sangat penting dalam menjayakan misi penyatuan ummah kerana bagi memenuhi syarat Ansorullah seperti yang disebutkan .

Dalam pada itu, Yang Berhormat Senator Hajjah Ustazah Nuridah turut menyeru agar dakwah diteruskan antara dua parti terbesar ini kerana kerja ini berterusan sehingga ke hari kiamat.

Beliau turut menyatakan perlunya ilmu dalam menjaga kesatuan yang mahu dibentuk kerana tiada apa yang lebih utama berbanding kefahaman dalam tuntutan agama.

Himpunan Penyatuan Ummah Wanita ini juga disifatkan sebagai satu langkah yang baik dalam menemukan kedua parti dalam satu titik persamaan.