Oleh: Haikal Mohd Noh
Tambun: Penduduk di sekitar kawasan DUN Hulu Kinta yang terputus bekalan makanan dan keperluan asasi boleh segera menghubungi Pusat Khidmat PAS Dun Hulu Kinta untuk mendapatkan bantuan.
Wakil Pusat Khidmat berkenaan, Mohd Aidil Abdul Aziz berkata, kebanyakan aduan dan senarai penerima adalah dalam kalangan golongan yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0
“Ketika pelaksanaan PKP 3.0 ini, pasti ada rakyat yang terjejas pendapatan termasuklah anak muda, ibu bapa, peniaga kecil dan sebagainya. Meskipun Malaysia kini dalam proses Pelan Pemulihan Negara, namun masih ramai yang memerlukan bantuan.
“Bantuan daripada kami ini tidak mengenal bangsa dan agama, sesiapa pun kita bantu. Bantuan ini merentasi fahaman politik tidak kira sama ada mereka undi kita atau tidak,” ujarnya tegas.
Penduduk di kawasan DUN Hulu Kinta yang memerlukan bantuan barang keperluan, boleh menghubungi Talian Hotline Pusat Khidmat PAS DUN Hulu Kinta di nombor 010-5275800.